MyHSR Lantik Kembali Mohd Nur Ismail

- Advertisement -

MyHSR Corporation Sdn Bhd melantik kembali Datuk Mohd Nur Ismal Kamal sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa semalam.

Sebelum ini, kontrak Mohd Nur Ismail bagi jawatan yang sama sejak 2015 tamat pada penghujung 2019.

“Saya teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk memimpin MyHSR Corp.

“Saya berharap dapat membina kejayaan ini dan pada masa yang sama memastikan syarikat kekal fokus mewujudkan impak positif kepada ekonomi, rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nur Ismal antara lain akan bertanggungjawab untuk mengawasi dan melaksanakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Strategi, Kewangan dan Pemasaran dari Kellogg Graduate School of Management, Northwestern University, Illinois.

Selain itu, Mohd Nur ismail juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dan Sains Pemutusan (Decision Sciences) dari University of Denver di Colorado.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mohd Nur Ismal mempunyai pengalaman luas dan pernah terlibat dalam industri pengangkutan awam Malaysia sejak 2008 dan memainkan peranan penting dalam pelancaran empat laluan bas Go-KL City di Kuala Lumpur, bangunan pertama Bus Rapid Transit (BRT) di Malaysia dan pembangunan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang membantu menetapkan visi hala tuju industri pengangkutan awam di Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai pembangunan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang, antaranya pelancaran laluan MRT di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat