Sindiran Anwar “Jangan Bergantung Di Dahan Rapuh, Tikam Belakang, Letak Jawatan”

- Advertisement -

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, DAP dan Amanah supaya kekal di “landasan perjuangan”.

Tanpa menyebut nama, Anwar menegaskan PH tidak terdesak untuk “bergantung di dahan rapuh yang kemudiannya menikam” gabungan politik itu.

“Kalau mahu kita bersama dalam PH, maka semangat yang ada dalam PH itu jangan dirungkai, jangan seolah-olah kita ini terdesak terpaksa bergantung kepada dahan yang rapuh yang kemudian akan menikam kita.

“Sepertimana yang telah berlaku sebelum ini, letak jawatan ikut sesuka hati tanpa rujukan kepada sesiapa, kucar kacir kita, langgar prinsip dan juga manifesto,” kata pengerusi PH pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam tadi.

Anwar dipercayai merujuk kepada tindakan bekas pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan mengundur diri sebagai perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri interim pada penghujung Februari.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Selepas itu, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.

Bagaimanapun, rancangan PH untuk merebut kembali Putrajaya berdepan kebuntuan apabila PKR menegaskan Anwar dan bukan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang perlu menerajui kerajaan.

DAP dan Amanah mahu Anwar berkompromi dan menjadi timbalan Mahathir selama enam bulan sebelum mengambil alih perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahathir menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut, berkata beliau bersama pemimpin tertinggi DAP serta Amanah telah memutuskan untuk menyokong Shafie sebagai perdana menteri, dengan Anwar dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.

Tetapi Amanah dan DAP berkata perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat PH.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat