Adakah Sebab Mereka DAP Maka Saya Tak Boleh Sentuh? – Datuk Ayob Khan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menggesa individu terlibat dengan politik tidak mengganggu urusan polis dalam menguatkuasakan undang-undang.

Ayob berkata, polis hanya menguat kuasa undang-undang dan akan berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah.

Justeru katanya, tidak sewajarnya timbul tuduhan yang mendakwa polis bersikap bias terhadap pihak-pihak tertentu.

“Bagi saya orang politik buatlah kerja politik, jangan ganggu urusan polis. Polis ini penjawat awam, kita penguat kuasa undang-undang. Kalau ada undang-undang saya akan kuatkuasakan. Mungkin ada yang tidak setuju.

“Kita berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah, kita tidak ada bias dan sebagainya. Pandangan yang kata polis bias, itu tidak betul. Biar polis kuatkuasakan undang-undang,” katanya dalam temu bual khas dengan portal MalaysiaGazette.

Ayob memetik kejadian sewaktu bertugas di Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, iaitu ketika mengambil tindakan terhadap 2 Adun DAP dalam kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Semasa saya berada di E8 dahulu, apabila saya tangkap ratusan ahli Jemaah Islamiah (JI), Daesh, Darul Islam, tidak ada yang merungut. Kalau ada, cuma 1-2 sahaja, tetapi tidak ada ahli politik yang merungut.

“Tetapi bila saya tangkap 2 Adun DAP, ia menjadi isu sampai hendak pinda undang-undang. Apa cerita? Kenapa? Adakah sebab DAP saya tidak boleh sentuh? (Adakah) mereka atasi undang-undang?

“Jadi kena adil, jangan campur tangan dengan tugas kepolisian,” katanya.

Adun Seremban Jaya mewakili DAP P Gunasekaran pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan memberi sokongan kepada pergerakan LTTE.

Bagaimanapun pada Februari tahun ini mahkamah melepaskan dan membebaskan beliau selepas pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding.

Perintah sama turut dikeluarkan terhadap beberapa lagi individu, termasuk Adun Gadek G Saminathan yang juga dari DAP.

Tindakan itu diambil selepas peguam negara ketika itu, Tommy Tomas mengambil tindakan sama di bawah Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Tommy dilaporkan berkata, tindakan itu diambil kerana “tidak wujud prospek realistik” untuk mensabitkan 12 individu terbabit di bawah mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat