Dr Noor Hisham Bergambar Dengan Mural Gambarnya

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini meluangkan masa mengunjungi Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Dr Noor Hisham kemudiannya bergambar dengan lukisan dinding atau mural potret beliau yang diabadikan di taman tersebut.

Selain potret Dr Noor Hisham, potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dilukis di dinding itu.

Lukisan potret bersaiz besar ini dihasilkan oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27.

Pastinya lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ini bergambar kenangan berlatar belakang mural wajahnya di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor, hari ini.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat