Sidang Kemuncak ASEAN-AS Peluang Besar Malaysia Majukan Agenda Ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang bakal berlangsung memberi peluang besar kepada Malaysia untuk memajukan agenda ekonominya melalui Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Bendahari Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Datuk Dr AT Kumararajah berkata, Amerika Syarikat (AS), sebagai sumber terbesar pelaburan langsung asing dalam blok 10 anggota itu, pastinya turut berminat untuk mengeksploitasi kelebihan yang diperoleh daripada perjanjian perdagangan besar itu.

“Malaysia adalah penerima manfaat terbesar perjanjian itu…,” katanya dalam program ‘The Nation’ Bernama TV bertajuk Sidang Kemuncak AS-ASEAN di sini, hari ini.

RCEP adalah perjanjian yang dicadangkan dalam kalangan negara anggota ASEAN dan rakan kongsi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan perjanjian itu antara lain meliputi perdagangan barangan dan perkhidmatan serta harta intelek.

RCEP meletakkan rantau Asia-Pasifik sebagai pusat tumpuan baharu untuk perdagangan global, dengan jumlah perdagangan dijangka meningkat hampir US$42 bilion. Dalam ASEAN, Malaysia dijangka menjadi penerima terbesar manfaat melalui perjanjian itu daripada segi keuntungan dalam eksport yang diunjurkan akan meningkat US$200 juta.

Sidang kemuncak khas itu menandakan ulang tahun ke-45 dialog ASEAN-AS dan sidang kemuncak khas kedua yang dihoskan oleh Presiden AS di AS selepas presiden ketika itu Barack Obama menyambut kehadiran pemimpin ASEAN di California pada Feb 2016.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di Washington D.C. dari 12 hingga 13 Mei.

Dr Kumararajah berkata kehadiran Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan pada sidang kemuncak itu akan memastikan agensi AS lebih memahami komitmen yang dibuat Malaysia terhadap amalan buruh paksa.

“Malaysia akan pulang dengan hasil yang baik (daripada sidang kemuncak), harap akan ada keputusan segera yang baik mengenai buruh manusia, pemerdagangan manusia dan isu buruh paksa…,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat