Persiapan Di Lokasi Debat Anwar-Najib Kini Di Fasa Akhir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persiapan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) yang merupakan lokasi rasmi bagi Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir siap sepenuhnya.

Pengurus acara, Chloe Siao Hui Boon berkata, persiapan program debat yang akan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman itu kini berada di fasa terakhir iaitu pelaksanaan raptai.

“Persiapan kita kini telah mencapai 80 peratus dan selebihnya adalah raptai. Sekarang ini kami sedang mengadakan raptai bahagian teknikal iaitu berkaitan pencahayaan.

“Persiapan kami lakukan hanya empat hari selepas menemui dewan ini. Harapnya semua berjalan dengan lancar esok,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Siao Hui berkata, 400 tempat duduk yang disediakan juga telah penuh ditempah oleh barisan penyokong dan media di dalam serta luar negara.

Jelasnya, mereka yang tidak mempunyai peluang untuk hadir secara bersemuka digalakkan untuk menonton melalui siaran langsung di Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette pada jam 9 malam.

“Sesiapa yang walk-in esok (Khamis) memang tiada tempat duduk untuk mereka sebab kesemuanya telah penuh,” ujarnya.

Tambah beliau, dari segi keselamatan pula, ia dikawal ketat dan hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas dan kad jemputan sahaja masuk ke kawasan MATIC.

Tambahnya, program itu juga turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia selain pengawal keselamatan MATIC.

“Tempat letak kenderaan penyokong akan diasingkan. Makanan, minuman, botol, sepanduk juga adalah dilarang dibawa masuk ke dalam dewan,” katanya.

Jelas beliau, mereka yang mempunyai pas dan kad jemputan perlu hadir pada jam 7.30 petang oleh kerana pintu akan ditutup pada jam 8.30 malam. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat