7.3 Juta Rakyat Britain Terpaksa Berlapar Akibat Kenaikan Kos Sara Hidup

- Advertisement -

LONDON – Satu tinjauan terbaharu mendedahkan bilangan individu di Britain yang bergelut untuk membeli makanan kini meningkat lebih separuh iaitu sebanyak 57 peratus dalam tempoh tiga bulan lepas ekoran peningkatan serius bagi kos sara hidup, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Statistik menunjukkan satu daripada tujuh orang dewasa di Britain terpaksa ‘melepaskan’ satu hidangan wajib, menahan lapar atau memakan dalam kuantiti yang sedikit akibat krisis itu.

Menurut Yayasan Makanan, badan kebajikan yang menganalisis kajian tersebut, kira-kira 7.3 juta orang dewasa tinggal dalam isi rumah yang terjejas bekalan makanan, bersama-sama dengan 2.6 juta kanak-kanak.

Angka itu meningkat daripada 4.7 juta orang dewasa pada bulan Januari tahun ini.

Pengguna bank makanan juga merayu agar bahan yang diberikan adalah berbentuk sedia dimakan tanpa perlu dimasak kerana mereka tidak mampu membayar kos elektrik.

Yayasan Makanan menganalisis keputusan itu daripada tinjauan pendapat YouGov terhadap 10,674 orang dewasa antara 22 dan 29 April baru-baru ini.

Kira-kira 13.8 peratus responden berkata, mereka atau seorang dalam isi rumah tidak mampu atau tidak mempunyai akses kepada stok makanan pada bulan lalu.

Seorang bapa tunggal, Dominic Watters, memberitahu Yayasan Makanan bahawa dia menjalani kehidupan beberapa bulan yang sangat sukar disebabkan peningkatan kos sara hidup.

“Ada hari di mana saya memakan sisa lebihan makanan anak perempuan saya kerana wang yang ada hanya cukup bagi membeli hidangan untuk seorang,” kata Watters.

Berdasarkan penemuan itu, Yayasan Makanan memberi amaran bahawa orang ramai mungkin akan menjadi lebih bergantung kepada makanan kos rendah, yang cenderung padat kalori, namun kurang nutrisi, sekali gus akan membahayakan kesihatan mereka. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat