Kerajaan beli tambahan 12.2 juta dos vaksin Covid-19 untuk 39 peratus rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba menandatangani perjanjian dengan Pfizer Malaysia hari ini apabila kerajaan bersetuju untuk mendapatkan 12.2 juta lagi bekalan vaksin Pfizer-BioNTech.

Dengan tambahan 12.2 juta dos, Malaysia kini memiliki 25 juta dos vaksin yang akan mampu diberikan kepada 39 peratus rakyat Malaysia pada tahun ini.

Perjanjian bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin Covid-19 itu lanjutan kepada perjanjian awal bagi menetapkan terma, yang ditandatangani pada 24 November lalu.

Sementara itu, perjanjian hari ini juga melibatkan pemerolehan 12,799,800 dos awal yang akan dihantar bermula akhir Februari ini.

Bekalan itu akan dapat diberikan kepada 20 peratus warga dengan dua dos seorang, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini.

Perjanjian dimeterai secara telesidang antara Adham dengan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool.

Pada 8 Januaru lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah membri lampu hijau terhadap vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Walaupun kerajaan masih mendapatkan beberapa maklumat tambahan daripada Pfizer, kata Khairy, kelulusan itu bermakna vaksin tersebut boleh digunakan di Malaysia.

Selain daripada Pfizer, kerajaan juga sedang mendapatkan vaksin Covid-19 daripada AstraZeneca, selain dalam proses memuktamadkan perbincangan dengan pengeluar lain, seperti Sinovac, CanSino Biologics dan Gamaleya Centre.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat