PMO nafi Muhyiddin jalani rawatan kanser, tiada lantikan TPM

- Advertisement -

PUTRAJAYA- Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin yang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan penyakit kanser yang dialami beliau.

Kenyataan itu menegaskan bahawa desas-desus yang tersebar itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

Katanya, Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau.

Pada 2018, Muhyiddin pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi.

Dalam perkembangan lain, PMO juga menyangkal bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Hari ini kecoh, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan niat meredakan perang dingin antara UMNO dan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat