MDEC positif harungi 2021 dengan semangat digital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan meneruskan pelbagai inisiatif berkaitan ekonomi digital terutamanya membabitkan perkara yang diperincikan dalam Belanjawan 2021 bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang berpanjangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Surina Shukri berkata, pada tahun ini, MDEC mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu negara mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka tumbuh tujuh peratus seperti diunjurkan Bank Dunia.

Sehubungan itu, ujar beliau, MDEC akan berfungsi sebagai oginasasi digital yang diselaraskan secaran automotik dengan dorongan data.

“ Saya memberi jaminan bahawa MDEC akan meneroka banyak bidang baharu dalam tempoh terdekat ini dengan pantas dan memanfaatkan modal insan yang dimiliki agensi dan negara dalam usaha melonjakkan ekonomi digital negara,” katanya menerusi blog MDEC.

Katanya, antara bidang yang diberi perhatian termasuklah kandungan kreatif digital, pertanian pintar, teknologi dron serta tidak melupakan kecerdasan buatan (AI), data raya dan sebagainya supaya negara sentiasa bersedia mengharungi Revolusi Perindustrian 4.0.

Berhubung bidang yangmana negara telah mempunyai kekuatan seperti teknologi kewangan Islam, Surina berkata, ia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang malahan telah diakui oleh agensi penarafan antarabangsa Moody’s Investor Service.

“ Agensi berkenaan mendedahkan sektor ini mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 26 peratus di pasaran Timur Tengah dan Malaysia walaupun berdepan pandemik COVID-19 pada tahun lalu.

Sementara itu, beliau berkata , pertanian juga merupakan bidang yang perlu diberi perhatian dan MDEC sangat mengalakkan penggunaan teknologi terkini di kalangan petani tempatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran masing -masing.

“ Pandemik juga menyaksikan lebih banyak negara bercakap tentang isu keselamatan makanan akibat rantaian bekalan turut terganggu.

Teknologi yang dibawa MDEC bersama rakan strategiknya pemasaran melalui media digital dan perkhidmatan logistik diyakini akan membantu meningkatkan hasil terutamanya tanaman cili selain boleh diperluaskan untuk nanas. Apabila teknologi terkini mula diaplikasi dalam sektor pertanian, MDEC percaya ia akan menarik minat golongan belia atau graduan untuk memasuki sektor ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat