Ugutan Jenayah, Polis Tahan Individu Mengaku ‘Setiausaha Politik Menteri’

- Advertisement -

AMPANG – Polis menahan seorang lelaki mendakwa bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri, semalam selepas melakukan ugutan jenayah ke atas pekerja kedai vape di Jalan Wangsa, Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang menerima satu laporan polis pada 3 November lalu berkaitan kejadian ugutan jenayah pada hari sama, sekitar 4 petang.

Menurutnya, pekerja lelaki terbabit didatangi dua lelaki dan seorang wanita sebelum seorang daripadanya menarik baju mangsa serta memberi amaran supaya tidak bercakap kasar sambil mengacukan gunting.

“Suspek turut memaksa mangsa untuk menunjukkan rumah majikannya sebelum dia dibawa oleh suspek menaiki kereta dan menunjukkan rumah majikannya di Bukit Antarabangsa.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan dan susulan itu pada 11 malam tadi, suspek utama iaitu lelaki berusia 26 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fadzil berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada seorang menteri, namun selepas semakan dilakukan, pihak pejabat menteri terbabit menafikannya.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan dia direman empat hari bermula hari ini sementara suspek lain sedang dikesan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat