PKPD Taman Mawar Tamat, PKPD Taman Mesra Dilanjutkan – Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Taman Mawar di Sandakan, Sabah akan ditamatkan tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko jangkitan.

“Sehingga 6 November KKM melaksanakan 731 saringan dan 87 kes kumulatif positif direkodkan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 64 kes positif sembuh sepenuhnya dan baki 23 kes aktif sedang menerima rawatan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko dilaksanakan KKM, mesyuarat teknikal hari ini bersetuju menamatkan PKPD di Taman Mawar, Sandakan hari ini, 10 November 2020 sebagaimana dijadualkan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, PKPD bagi Taman Mesra yang juga terletak di Sandakan akan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 24 November.

“KKM melaksanakan 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif direkodkan. Daripada jumlah itu, 43 kes sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif di kawasan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat