Umno, pimpinannya berjiwa besar serah mandat kepada rakyat – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hari ini Umno dan pimpinannya sekali lagi berjiwa besar menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Umno meminta Parlimen dibubarkan ketika di puncak kuasa kerajaan campuran adalah demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Insyaallah ini langkah yang tepat bagi memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia

“Syukur alhamdulillah mandat akhirnya dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” ujar Zahid dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini membuktikan Umno dan pimpinannya sentiasa berjiwa besar dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan rakyat dan tanah air.

“Walau parti ini pernah disalah erti angkara fitnah dan tipu daya beberapa tahun lalu, tidak sesekali Umno berpaling daripada perjuangan untuk rakyat dan negara.

“Dalam keadaan diburuk sangka, ditekan dan diasak dari segenap arah, Umno tetap istiqamah berpegang kepada kebenaran dan tanggungjawabnya.

“Apakah Umno perlu “down” ketika itu? Umno tidak “down”. Perlukan Umno akur akan ugutan dan berundur? Haruskah gentar pada ancaman? kata Zahid lagi.

Malah menurut beliau, saksikan Umno berjiwa besar pada 2020 merestui sebilangan wakil rakyatnya bekerjasama dengan seteru politik membentuk kerajaan sementara.

“Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara daripada kucar-kacir selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang angkara perebutan kuasa sesama mereka.

“Umno malah berjiwa besar demi rakyat bersetuju mengangkat ketua parti lawan sebagai Perdana Menteri bagi mengelak krisis pentadbiran daripada berterusan.

“Namun ibarat air susu dibalas tuba, kebaikan Umno dibalas dengan pembelotan “scheme of things” mahu menikam parti ini dari belakang.

“Perdana Menteri kerajaan sementara gagal mengalas amanah yang diberikan menyebabkan Umno terpaksa menarik balik sokongan kepadanya,” jelas Zahid.

Hari ini Ismail Sabri mengumumakan Parlimen ke-14 dibubarkan dan menyerahkan tarikh bagi proses pilihan raya ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat