PH tolak permohonan MUDA

- Advertisement -

CYBERJAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai gabungan tersebut.

Sumber dalaman PKR memberitahu SuaraTV, keputusan menolak permohonan MUDA itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu lepas.

PH memutuskan hanya mengadakan electro pact dengan MUDA dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Hujah Datuk Seri Anwar adalah terlalu cepat untuk menerima MUDA menjadi anggota PH sedangkan sebelum ini permohonan dari UPKO diluluskan selepas setahun.

“Majlis Presiden PH menerima hujah-hujah yang dikemukakan untuk menangguhkan penerima MUDA dalam gabungan tersebut.

“Ada juga hujah yang mengatakan MUDA tidak mampu menarik sokongan pengundi muda sabaliknya hanya bergantung kepada undi PH.

“Perkara ini dibuktikan menerusi kemenangan MUDA di DUN Puteri Wangsa dalam PRN Johor yang lalu dimana keputusannya membuktikan ia datang kerana sokongan pengundi PH bukan undi golongan muda yang kononnya mampu ditarik oleh MUDA,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Majlis Presiden PH juga memutuskan menerima hasrat Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk mengadakan electro pact dalam PRU15 nanti.

Sebagai persiapan untuk berdepan PRU15, MUDA telah mengemukakan permohonan rasmi nereka untuk menyertai PH baru-baru ini.

Parti yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu sebelum ini dikaitkan akan bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) dalam menghadapi PRU15 nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat