Kita naik kerana rakyat, juarai isu rakyat – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menitipkan nasihat agar pimpinan-pimpinan yang dilantik ke jawatan peringkat negeri kekal rendah diri dan menjuarai isu rakyat.

“Kita naik kerana rakyat, maka kita perlu terus perjuangkan isu-isu rakyat,” pesan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu ketika majlis taklimat persidangan bersama Ketua-Ketua Cawangan Umno Bahagian Kota Raja dan Sayap-Sayap parti.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengajak semua yang hadir untuk bekerjasama lebih gigih membaiki pencapaian Umno Bahagian Kota Raja.

Kalau ada cawangan yang kurang aktif, kita aktifkan. Gandakan usaha menghidupkan atau mengaktifkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap cawangan.

“Kita mesti bermula sekarang. Jangan nak tunggu pilihan raya baru nak aktif!

“Saya turut berpesan agar pimpinan-pimpinan yang dilantik ke jawatan peringkat negeri kekal rendah diri dan menjuarai isu rakyat. Kita naik kerana rakyat, maka kita perlu terus perjuangkan isu-isu rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat