Pastikan calon Kerajaan Perpaduan menang, tak timbul isu boikot – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tidak timbul isu memboikot dalam komponen parti itu untuk turun padang berkempen pada PRK Kuala Kubu Bharu, 11 Mei depan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata setakat ini pihaknya belum mengadakan mesyuarat pimpinan tertinggi lagi.

“Biar kami bermesyuarat dulu dan kami akan berunding, bertukar-tukar fikiran tentang jalan terbaik bagi menjamin pemantapan BN sebagai satu pasukan bantu calon kerajaan perpaduan bertanding.

“Tak timbul soal kita tak kerjasama… kita bekerjasama sebagai kerajaan perpaduan pastikan calon kita menang,” lapor FMT di Putrajaya pada Isnin.

Isu boikot itu timbul susulan keputusan Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA, Jumaat lalu supaya parti itu tidak berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu jika BN tidak bertanding.

Pada 22 Mac, Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata mereka tidak akan menuntut kerusi Kuala Kubu Baharu, sebaliknya memberi laluan kepada rakan parti penyandang dalam kerajaan perpaduan iaitu DAP.

Semalam, Zahid berkata beliau akan mencari jalan “memujuk” MCA turun membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Bharu.

Beliau juga yakin perselisihan faham antara MCA dan PH dapat diselesaikan lebih-lebih lagi dua parti itu sebahagian kerajaan perpaduan, susulan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan selepas penyandangnya Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac disebabkan barah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat