Permainan Politik Jejaskan Felda

- Advertisement -

KEPUTUSAN Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Anand Ponnudurai kelmarin mengenai isu perjanjian 24 bidang tanah milik FELDA antara FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dibawa ke prosiding timbang tara membuka satu persoalan kepada masyarakat.

Ya lah, sekiranya syarikat milik Melayu yang dikatakan menipu untuk mengambil tanah FELDA itu, takkan Annand membenarkan SPSB menuntut hak mereka menerusi mahkamah.

Jelas, hakim lebih memahami kes ini daripada putar belit FELDA dan FIC sendiri.

Dengan keputusan kelmarin, satu lembaran baharu syarikat itu untuk membuktikan apa yang mereka lakukan tidak salah!

Adakah ini hanya mainan politik mereka yang berkuasa, ketika itu berada pada puncak kuasa. Mudah salah guna kuasa untuk menidakkan kebolehan syarikat Melayu untuk membantu kerajaan.

Jika syarikat bangsa asing atau milikan luar negara, perkara ini tidak berlaku pula.

Kes ini berlanjutan selepas permohonan difailkan FIC selaku plaintif dalam saman pemula pada 24 Januari lalu

FIC memohon deklarasi bahawa artikel 9.04 Perjanjian Pembangunan pada 2 Jun 2014 yang dilaksanakan antara plaintif dan defendan adalah terbatal dan tidak sah, tidak berkuat kuasa dan/atau tidak dapat dilaksanakan.

Plaintif (FIC) berkata, prosiding timbang tara yang dimulakan oleh defendan melalui Notis Timbang Tara pada 25 November 2019 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) terhadap plaintif adalah terbatal dan/atau tidak sah dan prosiding itu adalah penyalahgunaan proses.

FIC juga mendakwa defendan mengetepikan hak yang mungkin ada untuk merujuk apa-apa pertikaian atau perbezaan yang menyentuh atau mengenai perjanjian pembangunan kepada timbang tara.

Drama projek mega SPSB dikenali Kuala LUmpur Vertical City (KLVC) itu menjadi pelbagai polemik apabila bekar pengerusinya, Tan Sri Shahril Samad dalam sidang medianya mendedahkan terdapat salah laku perpindahan pemilikan tanah agensi Persekutuan itu beberapa tahun lalu.

Rentetan itu, pelbagai saman pemula telah difailkan oleh kedua-dua pihak dan siasatan juga telah dibuat oleh polis kerana dakwaan mengatakan terdapat kes jenayah dalam peralihan aset ketika itu.

Apakah muslihat FELDA takut kepada Mahkamah Timbang Tara.

Jom kita tengok apa akan berlaku selepas ini?

Baharum Alias
Jelatek

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat