Badut Jual Air Serbat Setelah Kerjaya Terjejas Akibat COVID-19

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

GEORGE TOWN – Lengkap berpakaian sut badut, Yusmanizam Hassan menghiburkan orang ramai di Pasar Chowrasta Pulau Pinang di sini, sambil menjual air serbat yang dibuatnya sendiri untuk menjana pendapatan.

Yusmanizam, 34, juga dikenali sebagai ‘Yuyu the Clown’ berkata pekerjaan sepenuh masanya itu terjejas akibat wabak COVID-19 dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata sebelum PKP dikuatkuasakan, Yusmanizam biasanya membuat persembahan sekurang-kurangnya di lima acara seminggu dan mampu memperoleh RM3,000 hingga RM4,000 seminggu.

“Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac, saya hanya menerima tiga tugasan sahaja…benar, ia merupakan tamparan hebat buat saya,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Justeru, dia membuat keputusan untuk menjual air serbat bagi menambah pendapatan dan isterinya pula memberikan idea untuk berpakaian seperti badut ketika menjual air yang popular di negeri ini itu, bagi menarik pelanggan.

Selain menjual di Pasar Chowrasta, Yusmanizam turut menjual air serbat yang dibotolkannya itu dari rumah ke rumah.

“Saya menjual air campuran khas ini di sekitar Teluk Bahang ke Balik Pulau di pulau. Kadang-Kadang saya menjualnya sampai ke Kepala Batas (di tanah besar),” katanya.

Beliau turut mempromosikan produknya itu secara dalam talian dan sambutannya amat menggalakkan.

“Jualan terbanyak yang saya dapat setakat ini ialah kira-kira 285 botol air serbat sehari,” katanya menambah sebotol air serbat berharga RM6 manakala dua botol dengan harga istimewa sebanyak RM10.

Yusmanizam berharap dapat kembali melakukan pekerjaan sepenuh masa sebagai badut apabila PKP berakhir, tetapi akan terus menjual air serbat sekiranya masih ada permintaan.

“Menjadi badut bukan sekadar hobi bagi saya, tetapi juga kerjaya dan selagi saya dapat melihat anak-anak gembira dengan persembahan saya, maka saya juga gembira,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

Warisan Janji Beri 5 Ekar Tanah Berita Palsu

KOTA KINABALU: Pejabat Ketua Menteri menafikan mesej tular yang menyatakan Warisan akan memberi lima ekar tanah kepada setiap keluarga, jika parti itu menang Pilihan...