Rehatkan lebih ramai kuda tua UMNO – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO disyor untuk merehatkan lebih ramai ‘kuda-kuda tua’ ataupun pemimpin veteran parti terutamanya mereka yang tiada lagi hati untuk berjuang atau bersama ketetapan parti dan berilah pula peluang kepada calon-calon muda untuk meneruskan legasi perjuangan UMNO.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak mungkin rakyat ingin melihat lagi ada calon-calon tua yang seusia dengan UMNO masih nak bertanding.

“Sudah cukup sudah kesempatan dan peluang diberikan kepada orang-orang lama ini untuk jadi pemimpin. Biarlah pemimpin pelapis pula pikul tanggungjawab untuk memimpin UMNO di masa depan.

“Fokus utamanya adalah untuk kuda-kuda tua yang selama ini sibuk nak uruskan hal parti dan gabungan lain daripada ambil tahu pasal parti sendiri serta Barisan Nasional (BN).

“Kuda-kuda tua inilah yang banyak merosakkan parti dan menimbulkan kekeliruan dalam akar umbi. Mereka bercakap bagi pihak Bersatu dan PAS selain mempersoalkan keputusan serta ketetapan UMNO. Selepas dah puas jadi jurucakap Bersatu, kuda-kuda tua ini sibuk pula nak susun urusan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Dia yang lebih-lebih bercakap mahu memperkukuhkan PN dan kerajaan sedangkan dia jadi menteri pun atas kuota UMNO. Memang jenis tak sedar diri.Patutnya kalau dah sibuk sangat nak uruskan Bersatu dan PN, eloklah ‘blah’ cepat sertai orang sebelah sana,” cadang Nur Jazlan tanpa menamakan siapa yang dimaksudkan.

Sebaiknya kuda-kuda tua tak sedar diri ini terus saja minta kerusi untuk mereka bertanding atas tiket PN pada PRU15 nanti. Jadi tak adalah menyusahkan UMNO dan BN lagi,” katanya.

Pun begitu menurut beliau, bukan maksud mahu parti singkirkan terus pemimpin-pemimpin lama (selain kuda-kuda tua yang tak sedar diri) dalam UMNO ini, tapi jadikan mereka sebagai mentor kepada orang muda.

” Saya percaya dengan pengalaman luas dalam sepak terajang PRU dan politik, orang veteran ini boleh menyumbang banyak tunjuk ajar kepada bakal calon muda.
Mereka boleh membantu calon-calon muda merancang, merangka dan melaksanakan gerak kerja parti dan semasa berkempen nanti. Sudah pasti bila yang tua bergabung dengan yang mudah pasti meletop!

“Cadangan saya ini bukan bermaksud tiada lagi calon orang lama yang berpengalaman dalam list calon UMNO nanti, cuma parti boleh seimbangkan jurang jumlah antara calon lama dan calon muda. Formula ini sudah terbukti berjaya dalam PRN Johor. Bila lebih 40 peratus calon muka baru dan orang muda diketengahkan. UMNO/BN dapat kemenangan cemerlang di Johor, sampaikan PN dan Pakatan Harapan (PH) tersungkurlah.

” Mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN yang dah berpenggal-penggal jadi calon serta pegang, seeloknya direhatkan. Mana tidaknya ada yang sudah 20 hingga 30 tahun, rakyat asyik tengok muka sama saja jadi wakil rakyat mereka. Ada orang dari dalam buaian sampai dah dapat tiga kali pun mengundi, masih YB sama,” bidas beliau.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Pulai itu lagi, sepatutnya UMNO boleh lihat contoh reformasi parti yang lebih junior seperti PKR.

Kata Nur Jazlan, pada pemilihan parti itu bulan lalu, ada perubahan besar yang berlaku dan dilakukan oleh perwakilan mereka apabila ramai orang muda diberi kepercayaan untuk berada dalam pimpinan atasan.

“Timbalan Presiden dan empat Naib Presiden diduduki oleh orang muda. Begitu juga Ketua Wanita PKR juga dipimpin oleh orang muda. Cuma jawatan Presiden saja yang masih dipegang orang tua; (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

” Malahan PKR juga sudah menyerahkan tugas untuk menggempur pihak lawan mereka kepada ‘Panglima Gebu’ mereka, Rafizi Ramliuntuk melaksanakan amanah. Itulah peremajaan parti yang seharusnya dibuat dalam menyerap perkembangan kehendak politik semasa.

“Begitu juga dengan DAP, yang sudah lama banyak beri peluang kepada orang muda sebagai calon dan pemimpin parti. Malah mereka kini sedang mendidik orang-orang muda daripada parti MUDA untuk dijadikan Rakan Muda dalam PRU-15 selepas mereka merasakan tak boleh lagi bergantung harap sepenuhnya kepada parti Amanah.

“Sekarang ini cuma tinggal UMNO, PAS dan Amanah saja yang masih dipimpin oleh ramai kuda-kuda tua. Takkanlah UMNO mahu jadi macam parti Pejuang yang ditubuhkan dan dianggotai oleh mereka yang ibarat hidup di zaman jurrasic? sindir beliau.

Dalam pada itu, Nur Jazlan juga menyatakan, UMNO akan ‘mati’ dalam hati orang muda atau pengundi muda dalam tempoh 10 tahun lagi jika UMNO tak berani berubah.

” Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan saya ini tapi itulah realiti nasib UMNO pada PRU-16 nanti jika parti ini masih dibuai dengan cara pemikiran lama. Hakikatnya dunia dan landskap politik sudah banyak berubah.

“Jika UMNO ingin memenangi hati pengundi-pengundi muda dan baru ini, UMNO perlu melaksanakan perubahan dari pelbagai aspek; perubahan pemikiran; perubahan pendekatan; perubahan kepimpinan dan perubahan pada calon-calon PRU15 nanti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat