Sikap tenang dalam kepimpinan Hishammuddin bantu LTAT rungkai krisis LCS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketenangan dalam kepimpinan yang dipamerkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat keputusan bahawa krisis Kapal Tempur Pesisir (LCS) perlu diselesaikan membuka lembaran baru dan jalan keluar kepada permasalahan keselamatan dan maruah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman dalam catatan di Facebooknya pada 23 April lalu berkongsi sikap kepimpinan yang ditonjolkan Hishammuddin dalam mengurus krisis yang melanda LCS.

“Beliau (Hishammuddin) menggerakkan pasukan, menyoal siasat kami (LTAT) dengan soalan-soalan kritikal dan membimbing kami sehingga ke penghujung.

“Malah dalam mendepani krisis ini, dapat dilihat ikatan dan semangat berpasukan antara pegawai Menteri Pertahanan yang berkebolehan, penjawat awam yang bagus di Kementerian Pertahanan, pegawai Tentera Laut yang berdedikasi, pasukan kewangan korporat LTAT dan pasukan projek LCS di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang memudahkan perjalanan dan sekali gus menaikkan semangat kami.

“Saya tidak dapat mencari persahabatan yang lebih baik daripada ini,” kata Nazim.

Beliau malah menyatakan berasa selesa dengan ketegasan dan kesanggupan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ruang kepada LTAT untuk membuat keputusan berhubung perkara LCS ini.

Nazim berkata, Kabinet mengambil risiko dan akhirnya memutuskan untuk menerima cadangan kami setelah beberapa kali ditolak.

” Daripada menunggu bencana itu berlaku, lebih baik bertindak menyelamatkan sistem daripada berdepan kerugian kewangan yang tidak dapat dibayangkan, kehilangan pekerjaan dan semangat askar kita. Kabinet memutuskan untuk melindungi keselamatan dan maruah kita.

“Ia adalah kemuncak kerja yang mencerminkan kepimpinan, semangat berpasukan dan kesediaan untuk bekerja lebih jauh,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Nazim memaklumkan beliau terlibat dalam kerja-kerja penyusunan semula korporat, tetapi krisis LCS paling mencabar sepanjang kerjayanya.

Hal ini katanya kerana ia mempertaruhkan keselamatan kewangan dan negara – RM24.5 bilion potensi kerugian, ribuan pekerjaan, ratusan vendor, tabung pencen askar dan yang paling penting, keselamatan dan maruah negara.

“Syarikat itu, Boustead Naval Shipyard (BNS) mengalami defisit kewangan berbilion ringgit yang besar, subjek pelbagai saman sivil dan siasatan rasuah. Semua orang tahu bahawa RM6bilion daripada nilai kontrak RM9bilion telah dikeluarkan tetapi tidak ada satu kapal pun dihantar. Setiap orang mempunyai tanggapan bahawa projek itu telah gagal.

“Bahkan Tentera Laut akan kehilangan kapal tempur yang sangat diperlukan untuk melindungi keselamatan kita dan mempertahankan kedaulatan kita di Laut China Selatan.

“Dalam keadaan ini, kegagalan bukanlah satu pilihan. Usaha untuk menyusun semula dan menghidupkan semula projek yang bermula sejak 2020 semuanya sia-sia. Tiada pembiaya yang mahu menyentuh projek itu, tiada anggota kerajaan yang sanggup mengambil risiko kegagalan lain.

“Memandangkan ancaman terhadap fund solvency LTAT memutuskan untuk mengambil bahagian, mengambil alih proses itu dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut untuk mencari penyelesaian,” jelas beliau.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat