“Pecat Dulu Empat Adun P.Pinang Jika Benar Mahu Undang-Undang Lompat Parti”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassa menyarankan kerajaan negeri Pulau Pinang melucutkan dahulu empat Adun di negeri itu, jika benar pembangkang mahukan undang-undang anti lompat parti dilaksanakan di peringkat persekutuan.

“Saya mencadangkan agar Pulau Pinang memecat para Adun tersebut dan membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat apakah mahkamah akan menyokong keputusan mahkamah (seperti) dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan lwn Nordin Salleh,” kata Takiyuddin ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, lapor Malaysiakini.

Untuk rekod, kes DUN Kelantan lwn Nordin Salleh pada 1992 meyaksikan mahkamah membuat keputusan bahawa pindaan terhadap perlembagaan Kelantan, yang melarang melompat parti tidak selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan kebebasan berpersatuan.

Memetik laporan sama, Takiyuddin merujuk isu tiga Adun Pulau Pinang yang melompat keluar dari PKR dan PPBM baru-baru ini, iaitu Adun Bertam, Khalid Mehtab Mohd Ishaq, Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim dan Adun Seberang Jaya Afif Bahardin.

Takituddin berkata, kerajaan Pulau Pinang harus memaksa ketiga-tiganya mengosongkan kerusi mereka berdasarkan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012, yang merujuk kepada undang-undang antilompat parti negeri.

Undang-undang tersebut menyatakan bahawa wakil rakyat harus mengosongkan kerusi mereka jika mereka bertukar parti atau menjadi Adun bebas ketika penggal perkhidmatan mereka.

Bagaimanapun, Wong Hon Wai (PH – Bukit Bendera) menafsirkan bahawa sebenarnya ada empat Adun yang telah bertukar parti atau sokongan baru-baru ini, dengan merujuk wakil rakyat keempat itu sebagai Adun Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim.

Wong juga mengatakan bahawa tindakan akan diambil terhadap keempat-empat Adun ini di persidangan DUN Pulau Pinang berikutnya pada bulan Oktober.

Takiyuddin menyambut baik kenyataan Wong dan mengatakan bahawa dia menantikan perkara itu.

Keempat-empat Adun tersebut telah berpaling tadah dari Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

PH sebelum ini mendesak agar undang-undang antilompat parti dilaksanakan di peringkat persekutuan, susulan kejatuhan kerajaan PH pada akhir Februari akibat ‘Langkah Sheraton’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat