Wujudkan Pangkalan Khas Di Utara Perairan Langkawi Cegah Bot Pelarian Rohingya

- Advertisement -

LANGKAWI – Kerajaan diminta mewujudkan pangkalan khas dan menggunakan teknologi baru seperti dron bagi tujuan pemantauan serta mengawasi kawasan perairan utara pulau bagi mengekang kemasukan pelarian etnik Rohingya.

Ketua Umno Langkawi, Nawawi Ahmad berkata pelarian etnik Rohingya yang berjaya bolos masuk ke pulau ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Antara yang dibimbangi sekiranya pelarian itu positif Covid-19 atau tidak menerima vaksin yang baik seterusnya memberi kesan kepada penduduk atau pelancong di pulau ini.

“Kita harap kerajaan boleh beri pertimbangan bagi mewujudkan satu pusat atau pangkalan tentera laut di kawasan perairan utara Langkawi. Tentera laut sudah ada pangkalan di selatan pulau ini tetapi masa untuk gerak dari selatan ke utara mengambil masa 45 minit hingga sejam.

“Kerajaan juga boleh guna teknologi baru seperti dron yang lebih murah berbanding helikopter untuk mengawal kawasan perairan utara pulau ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada Isnin, 269 warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan Langkawi ditahan dengan pihak berkuasa turut menemukan mayat seorang wanita dalam bot yang dinaiki pendatang tanpa izin itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Nor Saidi Nanyan berharap kerajaan mengguna pakai pengalaman di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk membantu tugas pengawasan dan pemantauan di perairan Langkawi.

“Pengalaman Esscom boleh dipraktikkan serta diguna untuk menangani isu kemasukan Rohingya di Langkawi.

“Ini perlu kerana difahamkan masih banyak lagi bot membawa pelarian menunggu masa untuk masuk ke Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat