Covid-19: Dibenar Singgah Berehat Di R&R Bermula Hari Ini, Perlu Patuh SOP

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Luar Bandar (KPLB) diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi. Kelulusan bagi KPLB diluluskan melalui undian suara setelah...

PM jumpa Zahid dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam atmosfera ledakan krisis politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun, kelihatan tiga tokoh pemimpin utama parti politik ini berbincang dalam suasana...

KUALA LUMPUR – Bagi yang merancang perjalanan rentas negeri mulai hari ini, mereka boleh singgah berehat dan menunaikan solat di surau yang disediakan di kawasan rehat dan rawat (RR) di sepanjang lebuh raya menuju ke destinasi masing-masing.

Bagaimanapun, pembukaan itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial.

Ini susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini, menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi sehinggaba 31 Ogos.

Sebelum ini, rakyat Malaysia bukan sahaja tidak boleh merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa, malah pelbagai aktiviti tidak dapat dilakukan sebagai usaha kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19.

Turut diumumkan, restoran, gerai-gerai makan, semua perniagaan menjual makanan, kedai-kedai serbaneka dan runcit, yang sebelum ini hanya dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam, kini dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam.

Kepada ibu bapa pula, mereka boleh menghilangkan kebosanan anak-anak yang ‘terkurung’ hampir tiga bulan di rumah dengan membawa anak-anak beriadah di Zoo Negara dan zoo-zoo lain kerana premis berkenaan sudah dibenarkan beroperasi.

Namun, dalam keterujaan mengunjungi premis-premis dibenarkan, rakyat Malaysia bukan sahaja perlu mematuhi SOP ditetapkan malah mereka perlu beringat bahawa segala aktiviti dilakukan adalah di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Menurut Ismail Sabri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpukan pemantauan kepada pematuhan SOP di premis-premis perniagaan dan kawasan awam selaras dengan penguatkuasaan PKPP.

Malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador turut dilaporkan berkata orang ramai yang dilihat tidak mematuhi SOP masih boleh dikenakan tindakan kompaun dalam tempoh pelaksanaan PKPP.

Dalam perkembangan lain, setakat 12 tengah hari semalam, Malaysia mencatat kes COVID-19 satu angka, untuk dua hari berturut-turut dengan tiada kes penularan dalam negara melibatkan kalangan warganegara.

Namun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak pernah jemu mengulangi pesanan agar rakyat negara ini sentiasa mematuhi SOP, mengamalkan normal baharu selain menjaga kebersihan diri masing-masing.

Ini sebagai menghargai penat lelah barisan hadapan yang selama ini bertungkus lumus membantu merealisasikan usaha kerajaan memutuskan rantaian jangkitan untuk memastikan negara bebas COVID-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion. Pada sesi...

PKPB dilanjutkan atau sebaliknya, pakar berbeza pandangan

KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan awam berbeza pandangan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri yang akan berakhir 6 Disember ini, wajar...

Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman Langkah Sheraton

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil...