Hadi didesak hentikan politik pecah belah, perkauman – Guan Eng

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta menghentikan politik pecah belah dan bersifat perkauman sekali gus memberi ancaman perpaduan serta integrasi nasional.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan kenyataan Hadi bahawa masyarakat bukan Islam negara ini sering memberi ancaman kepada orang Melayu sebagai perbuatan mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Hadi secara terang-terangan sering menyasar masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini atas pelbagai sebab.

Menurut Guan Eng, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bersifat karut dan boleh mendatangkan bahaya kepada negara.

Susulan itu, Guan Eng meminta rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuat laporan polis terhadap Hadi bagi menghentikan dakyah yang disebar Hadi itu.

“Hadi kini sering menyalahkan orang bukan Islam dan bukan Melayu ini sebagai kumpulan perompak besar serta paling banyak memberi dan menerima rasuah. Ini adalah karut kerana kerana kegiatan rasuah itu tidak mengenal siapa dan ia dihadapi oleh semua masyarakat.

“Dia juga secara terang-terangan mendedahkan PAS kini sedang mengejar kuasa dalam pelbagai cara termasuk menyasar orang bukan Islam dan mengeksploitasi taktik pelampau dan perkauman bahawa golongan itu sebagai ancaman kepada orang Melayu.

“Kegagalan kerajaan sebelum ini mendorong Hadi melakukan serangan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab terhadap orang bukan Islam. Hadi tidak malu mengulangi pembohongan bahawa kumpulan minoriti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada Melayu, walaupun sebenarnya orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi tertinggi daripada semua masyarakat iaitu 79 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dalam perkongsian di Facebook, mendakwa orang Melayu kini ‘ditipu secara terbuka’ kerana orang bulan Islam dan bukan Melayu adalah ‘perompak besar.

Bahkan pada Ogos lalu, Hadi turut mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera ini sebagai punca rasuah dan mereka itu adalah majoriti yang terbabit dalam merosakkan politik dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut mempersoalkan Hadi mengenai kehilangan kuasa orang Islam di negara ini.

“Bagaimana boleh hilang kuasa sedangkan semua jawatan penting dalam negara ini dipegang oleh orang Melayu dan Islam. Malah dalam Kabinet yang dianggotai oleh 28 orang ini juga, hanya sembilan menteri dalam kalangan bukan Islam.

“Selain itu daripada 148 ahli parlimen kerajaan, sejumlah 77 daripadanya adalah beragama Islam iaitu lebih ramai daripada 72 ahli parlimen Perikatan Nasional,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat