Pahang Jamin Cukai Tanah Tak Naik 5 Tahun – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Pahang memberi jaminan tiada kenaikan kadar cukai tanah di negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata justeru, bagi meningkatkan kutipan hasil tanah, kerajaan akan memastikan hasil tanah dapat digandakan melalui kutipan hasil berulang.

“Sebagai contoh, kita ada 740,000 hak milik tanah dan akan ditingkatkan sehingga satu juta hak milik yang bermakna hasil tahunan akan meningkat.

“Begitu juga proses untuk menukar syarat, kita akan meningkatkan kecekapan kerana syarat tanah akan menambah syarat hak milik.

“Saya memberi jaminan di dewan yang mulia ini bahawa tidak ada cadangan untuk menaikkan cukai tanah dalam masa lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chan Chun Kuang (PH-Semambu) pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di Kuantan pada Rabu.

Chun Kuang ingin tahu perancangan kerajaan negeri mempertingkat hasil dalam tempoh lima tahun tanpa menaikkan kadar cukai tanah.

Terdahulu, menjawab soalan Chun Kuang yang ingin mendapatkan perincian kutipan hasil kerajaan negeri tahun lalu, Wan Rosdy berkata, sejumlah RM1.288 bilion dikutip sepanjang tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, sejumlah RM754.8 juta kutipan hasil itu daripada tanah, hutan (RM134.18 juta) dan air (RM23.85 juta).

“Lain-lain hasil antaranya duti hiburan, lesen dan permit berjumlah RM284.15 juta dan geran persekutuan (RM91.02 juta),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat