Kawasan PJ Old Town Dikenakan PKPD

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pasar basah Jalan Othman di sini dan kawasan komersial di sekitarnya dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa hari ini sehingga 23 Mei, susulan 26 kes positif Covid-19.

Pihak berkuasa termasuk anggota tentera dilihat memasang pagar kawat duri untuk menyekat beberapa laluan ke pasar itu dan kedai berhampiran, termasuk stesen bas.

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 40 hektar di PJ Old Town dikenakan PKPD yang membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan.

Ini adalah kawasan ke-8 yang dikenakan PKPD dan ia membabitkan 3 zon:

Zon A

  • Jalan Penchala, Petaling Jaya
  • Jalan 4/33, Petaling Jaya
  • Jalan 4/37, Petaling Jaya
  • Jalan 4/39, Petaling Jaya
  • Jalan 4/41, Petaling Jaya
  • Jalan 4/44, Petaling Jaya
  • Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
  • Jalan 4/43, Petaling Jaya
  • Jalan 4/46, Petaling Jaya
  • Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B

  • Jalan 2/29, Petaling Jaya
  • Jalan 2/29A, Petaling Jaya
  • Jalan 2/27, Petaling Jaya
  • Jalan 2/32, Petaling Jaya
  • Jalan 2/25, Petaling Jaya
  • Jalan 2/26, Petaling Jaya
  • Jalan 2/34, Petaling Jaya
  • Jalan 2/34A, Petaling Jaya
  • Jalan 2/23, Petaling Jaya
  • Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
  • Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C

  • Jalan Selangor, Petaling Jaya
  • Lorong 3/57D, Petaling Jaya
  • Lorong 3/57C, Petaling Jaya
  • Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
  • Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata, aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah akan dilakukan sepanjang PKPD berkuat kuasa.

“Semua penghuni diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas Kementerian Kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.”

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan PKP Petaling Jaya 016-9809389 atau pusat kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662222.

Pasar Jalan Othman yang lebih dikenali sebagai “Pasar Old Town” ditutup pada 27 April lalu selepas seorang peniaga berusia 51 tahun di bahagian makanan laut disahkan positif Covid-19.

Individu yang pernah ke pasar itu antara 5 hingga 18 April lalu dan membeli makanan laut di sana turut diminta menjalani ujian saringan kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat