Ahli perniagaan tak mengaku salah dakwaan menyamar KP SPRM untuk menipu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Seorang ahli perniagaan melakukan penipuan dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini.

Tertuduh, Aries Ryan Philip Among,30, yang berhadapan dua pertuduhan utama dan dua pertuduhan alternatif itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Jason Juga.

Aries Ryan didakwa melakukan penipuan terhadap seorang pegawai kanan polis yang membabitkan kerugian berjumlah RM49,300 pada Jun tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu Mohd. Zaidi Abdullah, 60, melalui aplikasi WhatsApp dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya untuk mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM8,000 ke dalam satu akaun pada 24 Jun 2023, pukul 11.46 pagi di Perumahan Desa Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Tertuduh didakwa meminta mangsa memasukkan wang tersebut yang dikatakan untuk sumbangan lembu korban.

Untuk pertuduhan kedua, Aries Ryan didakwa menipu individu yang sama dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM27,000 ke dalam satu akaun pada 30 Jun 2023, pukul 11.22 pagi di Perumahan Desa Aman, IPK Sabah.

Tertuduh didakwa meminta Mohd. Zaidi memasukkan wang tersebut sebagai derma untuk menghadiri konvokesyen anak lelaki Azam Baki di Sydney, Australia. Malah, tertuduh turut meminta mangsa memasukkan sejumlah RM14,300 lagi untuk tujuan pinjaman ke dalam satu akaun lain.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, tertuduh juga berdepan dua pertuduhan altenatif mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah amembenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 berserta deposit RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat