Tak jadi darurat buat PKPB, cetus pertikaian – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Sikit-sikit PKPB, PKP bila kerajaan ‘lemah’. Jika bukan darurat, buat PKPB pula. Bagilah contoh teliti sedikit, saya tidak mahu pertikai soal keselamatan dan kesihatan yang perlu diutamakan tapi janganlah sampai orang pertikai,” keluh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu mendakwa bahawa rakyat mula mempertikaikan kesahihan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumum kerajaan dari masa ke semasa bagi membendung penularan Covid-19.

Beliau merasakan pelaksanaan itu memerlukan data terbuka supaya umum dapat mempercayai tindakan kerajaan berkaitan dengan kesihatan serta keselamatan dan bukan berunsur politik.

“Isu PKP , PKPB kalau tanya Speaker (Datuk Azhar Azizan Harun) beliau beri gambaran bahawa itu adalah fatwa KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) jadi kita jangan bahas. Tidak betul, sebenarnya. Semua ini ada hujahnya pakar kesihatan pertikai juga.

“Buat PKPB kerajaan negeri Selangor tidak tahu juga contoh Hulu Selangor, Sabak Bernam tiada kena mengena jadi satu negeri kena kenapa? Ini jejaskan kegiatan ekonomi. Hal-hal ini kita boleh bahaskan.

“Kita terima baik pengorbanan warga frontliners, KKM. Kita tidak pertikai tapi semua negara lain di luar sana boleh sahaja berbahas tentang keperluan lock down muktamad atau elective ini.

“Ingat, yang hilang pekerjaan serta krisis ekonomi lain amatlah serius,” katanya ketika membahas Belanjawan 2021, hari ini.

Selain itu Anwar yang juga Presiden PKR, berkata, pihaknya tidak mempertikai usaha keras KKM dalam pembendungan penularan Covid-19 malah tidak juga menyoal pengorbanan warga barisan hadapan.

“Kita sokong bila ada penguatkuasaan tegas dan keras oleh semua pihak berwajib. Tapi rakyat juga tertanya bagaimanakah ada VVIP terlepas dari semua undang-undang ini tetapi yang di bawahan itu terkena?

“Apakah pelaksanaan ini perlu berlarutan? Buatlah open data. Mesti ada ketelusan. Rakyat hendak tahu, bila ada maklumat terbuka dan sahih lagi rakyat akan yakin dengan apa yang sedang dilaksanakan kerajaan,” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat