Kenaikan gaji ADUN, Exco Kelantan dilulus, tanpa bahas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji ADUN dan Exco negeri Kelantan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menerusi Rang Undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

Memetik laporan Malaysiakini, RUU itu dicadangkan Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Menurut beliau kenaikan itu dilakukan bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

“Selain daripada itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas RUU berkenaan.

“Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimun,” katanya memetik portal itu.

Selepas pembentangan itu Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara.

Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat