‘Tinggi sungguh aras pemikiran dan politik Ketua Pemuda UMNO Malaysia’ sindir Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tinggi sungguh aras pemikiran dan politik Ketua Pemuda UMNO Malaysia zaman ini. Saya cukup teruja……” sindir Tan Sri Annuar Musa kepada Dr Akmal Saleh.

“Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi Terima Kaseh kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah memberi kredit yang begitu tinggi kepada saya, kononnya kerana saya lah UMNO hanya dapat 26 kerusi PRU 15.” kata Annuar menerusi catatan Facebooknya, pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membidas Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO hilang kekuatan apabila sekadar menjadi picisan di bawah naungan dua parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“UMNO ini menjadi lemah sehingga tinggal 26 kerusi disebabkan ada pemimpin seperti Tan Sri di dalamnya dahulu.

“Tan Sri jangan mudah lupa,apa yang jadi hari ini adalah kesan dari kepimpinan pemimpin seperti Tan Sri yang hanya mahu mencari keuntungan secara peribadi daripada Umno berbanding untuk memperkuatkan parti dan menjaga rakyat dan akhirnya rakyat tidak mempercayai parti ini disebabkan pemimpin seperti Tan Sri,” balas Dr Akmal dalam kenyataan pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat