Rakyat tidak percaya UMNO disebabkan pemimpin seperti Tan Sri – Dr Akmal bidas Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO menjadi lemah kerana adanya pemimpin yang hanya mahu mencari keuntungan peribadi.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh membidas Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO hilang kekuatan apabila sekadar menjadi picisan di bawah naungan dua parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“UMNO ini menjadi lemah sehingga tinggal 26 kerusi disebabkan ada pemimpin seperti Tan Sri di dalamnya dahulu.

“Tan Sri jangan mudah lupa,apa yang jadi hari ini adalah kesan dari kepimpinan pemimpin seperti Tan Sri yang hanya mahu mencari keuntungan secara peribadi daripada UMNO berbanding untuk memperkuatkan parti dan menjaga rakyat dan akhirnya rakyat tidak mempercayai parti ini disebabkan pemimpin seperti Tan Sri,” balas Dr Akmal dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, apabila UMNO lemah Annuar memilih untuk bersama parti lawan.

“Kini apabila parti lemah dan Tan Sri juga sudah berada di sebelah sana.

“Ini adalah masa yang terbaik kami membina semula parti ini,walaupun halangannya berat,tetapi dengan keihklasan yang ada untuk mempertahankan perjuangan parti, Insya-Allah UMNO akan dibina semula oleh kami.

“Insya-Allah terima kasih atas pendapat yang diberi,beri kami masa untuk membina semula parti ini dan harap Tan Sri berbahagia bersama parti yang baru,” ujar Exco Melaka itu lagi.

Terdahulu media melaporkan, Annuar berkata UMNO tidak boleh lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu dan umat Islam.

“Umno bukan lagi parti yang memerintah negara tetapi hanya picisan yang duduk di bawah naungan dua parti politik yang membawa ideologi berbeza khususnya parti yang membawa dasar pluralisme, liberalis dan sosialis sementara UMNO memilih sekadar menjadi murid.

“Umno sekadar menjadi penumpang dan pelengkap kerana parti itu sudah tidak ada suara. Tujuh, lapan negeri, namun UMNO tidak ada satu kerusi Parlimen.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, hanya ada enam kerusi saja Umno bertanding dan di Selangor daripada 56 kerusi hanya 11 kerusi (UMNO) boleh bertanding,” katanya di Tumpat, Kelantan malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat