Tidak Pasti, Jangan Kongsi – Datuk Zahidi Zainul Abidin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam satu kenyataan hari ini meminta seluruh rakyat Malaysia agar tidak berkongsi berita palsu di media sosial.

Keresahan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian Covid-19 sekarang, ditambah pula dengan penularan berita palsu yang tidak diketahui kesahihannya, memang sentiasa dalam perhatian beliau.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, mengajak semua pengguna Internet di negara ini untuk sama-sama menyahut Kempen “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Penyebaran berita palsu sejak perlaksanaan PKP ini, berada di tahap yang agak membimbangkan.

Menurut Zahidi, “Saya difahamkan sehingga 9 April 2020, sebanyak 205 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan MCMC berkaitan berita palsu COVID-19.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 23 kes telah didakwa di mahkamah.

Berdasarkan perkembangan di atas, Zahidi mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali menyebarkan berita palsu atau berdepan tindakan tegas daripada PDRM dan MCMC.

Tambah Zahidi lagi, “Rajin-rajinlah menyemak kesahihan berita menerusi portal Sebenarnya.my atau boleh rujuk Pemakluman Berita Palsu oleh Pasukan Respons Pantas menerusi Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram Rasmi KKMM.

“Saya cukup faham kesukaran yang dihadapi pengguna ketika ini namun #KitaMestiMenang jika kita #StayAtHome dan #TidakPastiJanganKongsi.

“Jadilah Pengguna Internet yang Bijak!”, kata Zahidi mengakhiri kenyataannya.

Kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi dan portal sebenarnya.my, telah dilancarkan MCMC sejak Mei 2017 lagi bertujuan menggalakkan pengguna Internet memeriksa kesahihan sebarang maklumat yang diterima, sebelum berkongsi dengan orang lain.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat