Kenapa Aliff Syukri Boleh Balik Kampung Ketika PKP, Soal Netizen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi berdepan dengan kecaman netizen apabila dengan sengaja dilihat melanggar arahan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff Syukri melalui satu capaian di laman Instagram berkata sangat gembira kerana dapat pulang ke kampung untuk makan bersama anak-anaknya.

“Hari ini saya sangat gembira sebab boleh makan sekeluarga dengan anak-anak saya, makanan kampung dengan suasana kampung,” tulisnya semalam.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menggesa masyarakat agar terus berada di rumah dengan tidak pulang ke kampung hingga sekatan yang sedang dikuatkuasakan ketika ini tamat.

Malah mereka yang telah pulang ke kampung pula digesa agar tidak pulang ke bandar bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar PKP.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu tinjauan di ruangan komen mendapati, nerizen membidas jutawan kontroversi itu sebagai degil dan

“(Ketika ini) Inikan PKP, ke hulu ke hilir astagfirullah. Degilnya laa jadi rakyat,” bidas Niza Nuraniza.

“PM dak kata satu kereta hanya 1 orang, ni macam mana dia boleh bawak ramai-ramai lepas tu bangga dok tunjuk kat IG (Instagram), bingai!,” kata Mona Mohd Sahiri.

“Semoga terus dapat berseronok dengan anak-anak dan bonda. Maklumlah dapat lepas walaupun PKP (sedangkan) orang lain ramai yang tak dapat jumpa keluarga. Masih terfikir macam mana (dia) boleh terlepas,” soal Farina Asmit.

“Macam mana ramai-ramai ini boleh lepas hingga ke Batang Kali (sedangkan) kami di Serendah tersekat tak boleh nak kemana walaupun hanya berdua dengan suami nak pergi ke Speedmart, kena tahan dan soal pihak polis. Apa alasan Dato guna hingga polis benarkan perjalanan lebih dari 10km dan lebih dari seorang dalam kata,” tanya Nurul Nabila pula. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat