Karipap lagi banyak isi, banding ucapan Muhyiddin kata netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa lalu sebagai tiada mempunyai sebarang isu penting.

Hasil tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan pentadbiran beliau.

Terdahulu seorang pengguna laman media sosial Twitter, Muhammad Hanif Muhammad Nassir membuat undian terhadap ucapan Muhyiddin yang seringkali membahasakan diri beliau sebagai “abah” ketika menyampaikan perutusan mengenai Covid-19.

“Mana lagi banyak isi? RT for Karipap
LIKE for Perutusan Abah Kau,” ciapnya pada Rabu.

Hasil undian tersebut seramai 9,884 memilih untuk RT manakala 893 pengguna memilih untuk “Like”.

Malah, ada yang menggunakan tanda pagar #MuhyiddinOut bagi menyuarakan rasa tidak puas hati di Twitter, menggesanya meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Selalu lalu, Muhyiddin menyampaikan perutusan yang disiarkan di televisyen ketika keadaan Covid-19 Malaysia berada pada tahap yang paling teruk.

Perutusan khas perdana menteri itu berlaku sejurus selepas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 691 kes baru dan empat kematian manakala kes aktif mencapai tahap tertinggi pada 2,936 kes.

Antara kematian yang dilaporkan termasuk kes yang melibatkan seorang bayi perempuan berusia satu tahun yang dibawa ke jabatan kecemasan Hospital Semporna pada 1 Oktober dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Muhyiddin ketika berucap dalam perutusan khas itu turut secara berseloroh berkata akan mula menggunakan rotan terhadap pihak yang melanggar undang-undang berkaitan SOP Covid-19.

Dalam pada itu, pengguna akaun Twitter @faizalhamssin berkata sekarang bukan masanya berseloroh dengan ‘lawak abah rotan’.

“Tolonglah, penulis ucapan perdana menteri. Bayi berumur setahun baru meninggal dunia kerana Covid-19. Kes direkod paling tinggi sejak wabak melanda.

“Orang ramai marah, bimbang, takut. Terlalu banyak rasa tidak terjamin mengenai masa depan,” katanya.

Netizen @QurratuAin pula berkata,”suruh abah rotan menteri dulu baru rotan kami semua.”

Sementara itu pengguna Twitter @AnuNushi berkata kenyataan rotan Muhyiddin mengalihkan perhatian terhadap peningkatan kes Covid-19.

“Hakikatnya, beliau tidak mengambil tanggungjawab terhadap gerombolan ahli politiknya yang berkempen (pada PRN Sabah) menyumbang kepada penambahan kes Covid-19.

“(Ucapan beliau) dari awal hanya menyalahkan orang lain dan pembaziran 30 minit masa kami,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat