Macau Scam: Jangan sampai SPRM ‘jemput’, amaran keras buat selebriti dan ahli perniagaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Golongan selebriti dan ahli perniagaan yang terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram Macau Scam diingatkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tampil membantu siasatan sebelum ditahan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menegaskan, langkah itu bagi mengelakkan SPRM bertindak menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

“Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM diminta tampil sebelum kami panggil.

“SPRM ada senarai nama individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan, jadi kami minta datang dan kami akan layan dengan baik jika beri kerjasama. Jangan tunggu kami panggil,” katanya dalam temu bual secara langsung menerusi slot ‘SPRM 360’ di MACCfm.

Dalam perkembangan sama, sewaktu ditanya sama ada individu berkenaan maklum tentang pembabitan dalam sindiket haram berkenaan.

Azam memberitahu, amat mustahil sekiranya mereka tidak mengetahui kerana dana yang diberikan adalah dalam bentuk tunai.

“Jenayah pengubahan wang haram ini membabitkan kesalahan seperti menipu, rasuah atau merompak bank, yang mana wang itu perlu dicuci.
“Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu.

“Kerana apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada (diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini dicuci,” jelasnya.

Sementara itu, Azam mengesahkan seramai 20 individu termasuk lapan daripada pasukan polis ditahan dalam operasi khas kes pengubahan wang haram melibatkan sindiket penipuan Macau Scam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat