Annuar Musa minta polemik calon Perdana Menteri PN dihentikan, fokus kepada kuatkan parti

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengingatkan adalah penting bagi parti menyucikan diri terlebih dahulu dengan memperbaiki imej dan dasar dan memulihkan kepercayaan rakyat.

Tegasnya, persiapkan saf pimpinan dengan barisan pelapis yang berintegriti tinggi serta keupayaan membawa negara ke ufuk yang baru.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat itu, rakyat mendambakan satu sosok yang berupaya membawa harapan baru dan pimpinan yang segar,setelah sekian lama tertipu dan terpedaya dengan retorik pemimpin kerana rakyat bosan dan jemu.

“Menamakan cadangan siapa Perdana Menteri seterusnya bukan keutamaan masa ini.

“Parti politik sebaliknya perlu menumpukan pada pemerkasaan parti masing masing,selain dari membina rangkaian muafakat yang benar benar berwibawa dan punya kekuatan.

“Realiti politik sekarang ialah tiada satu parti yang punya kekuatan bergerak solo dan bersendirian.Ia memerlukan muafakat. Justeru tinggalkan dulu agenda mencadangkan siapa bakal Perdana Menteri.Berikan tugas itu kepada badan gabungan dan muafakat,bila tiba masanya,dan tidak harus di buat secara unilateral.Harus ada syura rentas parti,” nasihat bekas Menteri Kabinet itu.

Bekas Setiaushaa Agung Umno itu berkata lagi, harus diingat kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong iaitu dengan melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.

“Jangan mendahului. Pilih jalan yang damai.Bangunkan negara penuh berkebajikan untuk rakyat.

“Jauhi kleptokrat dan pimpinan tidak berintegriti. Pimpinan yang bersih, baik,beriman,bertakwa,serta berkeupayaan akan membawa rahmat dan keberkatan.

“Usah ditumpu pada dendam kesumat,tapi tumpu pada khidmat dan membela rakyat,” tegas Annuar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat