Britain Tarik Balik Sekatan Penjualan Senjata Ke Atas Arab Saudi

- Advertisement -

LONDON: Kerajaan Britain mengumumkan untuk menarik balik sekatan pembelian senjata yang dikenakan ke atas Arah Saudi sejak Jun 2019.

Sekatan itu dikenakan berikutan perintah Mahkamah Rayuan UK yang memutuskan penjualan senjata itu berlawanan dengan undang-undang antarabangsa berikutan ia mungkin digunakan dalam perang Saudi terhadap Yemen.

Hakikatnya, Britain menjadi antara negara pengeluar senjata terbesar dunia kerana Arab Saudi membeli banyak senjata mereka dari negara tersebut.

Antaranya ialah jet pejuang Typhoon, jet latihan lanjutan Hawk, bom panduan tepat Paveway IV dan lain-lain – yang sebahagiannya dikeluarkan di negara berkenaan.

Arab Saudi memimpin pasukan gabungan negara Arab, menentang puak Houthi sokongan Iran, yang cuba menguasai Yemen.

Satu keputusan oleh Mahkamah UK, sebagai respon terhadap tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan penjualan berkenaan, telah memaksa kerajaan untuk menilai kembali kelulusan penjualan tersebut sama ada mengikut asas undang-undang yang betul atau sebaliknya melihat kepada kempen pengeboman Arab Saudi di Yemen yang turut didakwa menyasarkan sasaran awam.

“Insiden itu, yang dikatakan sebagai kemungkinan pelanggaran undang-undang kemanusiaan internasional (oleh Arab Saudi itu), sebenarnya terjadi pada waktu yang berlainan, dalam keadaan yang berbeza dan dengan alasan yang berbeza,” kata Setiausaha Perdagangan Antarabangsa Liz Truss.

“Dalam mengambil keputusan ini, saya telah mempertimbangkan semua maklumat informasi tersedia untuk kerajaan. Berdasarkan kepada semua maklumat dan analisis itu, saya telah membuat kesimpulan bahawa, walaupun terdapat insiden terpencil, yang telah dimasukkan ke dalam analisis sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Arab Saudi turut mempunyai niat tulen dan kemampuan untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa”, tambahnya.

“Atas dasar itu, saya telah membuat penilaian bahawa tidak ada risiko yang jelas bahawa eksport senjata dan peralatan ketenteraan (UK) ke Arab Saudi, mungkin digunakan dalam pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Truss menjelaskan eksport (senjata ke Arab Saudi) akan disambung semula setelah kerajaan menyelesaikan semakan yang diperintahkan mahkamah terhadap lesen eksport pertahanan kepada pembeli peralatan ketenteraan terbesar di Timur Tengah itu. Lagipun larangan berkenaan hanya menghentikan persetujuan baru untuk penjualan senjata. Proses penjualan sedia ada, seperti tawaran BAE System untuk sokongan peralatan jet Typhoon dan Tornado (yang digunakan Arab Saudi), tidak terjejas – Defense News

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat