Gangguan Bekalan Air Di Selangor Bermula 14 Julai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Air Selangor, menerusi laman Facebooknya mengumumkan, penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula dari 14 Julai 2020 hingga 15 Julai 2020 berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.

Sebanyak 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air secara berjadual.

Pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9.00 pagi, 15hb Julai 2020, merangkumi 48% dari keseluruhan kawasan yang terjejas. Bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada 17 Julai 2020, jam 5 petang.

Berikutan gangguan tersebut, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 91 lori bekalan air ke seluruh kawasan terjejas bermula 16 Julai 2020, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan-kawasan kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Bagi pengguna komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki akan dibuka di 2 stesen pengisian air setempat.

Untuk kemudahan pengguna, selain lapan buah Pusat Khidmat Setempat yang akan dibuka, enam pili air awam akan turut disediakan bermula 16 Julai hingga 17 Julai.

Semua pengguna yang terjejas diminta menyimpan air secukupnya bagi mengurangkan kesan dari penutupan tersebut.

Pautan asal dan maklumat lanjut mengenai penutupan tersebut, boleh dirujuk disini.

Penafian: Sekiranya wujud perbezaan maksud/maklumat antara artikel di atas dengan pautan asal, maksud/maklumat dalam pautan asal adalah terpakai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat