Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya? – Ismail Sabri

Perang Lawan Covid-19 Belum Ada Tanda Bila Akan Berakhir – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Peperangan melawan Covid-19 di negara ini dijangkakan berterusan dalam tempoh agak lama dan belum ada tanda-tanda bilakah akan berakhir. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Sedikit, NGO Turut Hulur Bantuan

KUALA LUMPUR - Satu-satunya negeri yang masih terjejas akibat banjir, Sabah merekodkan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 445 orang daripada 135 keluarga petang...

Kluster Gunung Raya Di Langkawi Berpunca Dari Aktiviti Main Golf

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan salah satu punca kluster adalah daripada aktiviti bermain golf. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

12 Kematian, 3,170 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan pada Khamis, dengan kesemuanya membabitkan warganegara Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor...

Hantar Surat Bukan Tindakan Ingkar, Hanya Minta Dikaji Semula – Ahmad Jazlan

CYBERJAYA - Ahli Parlimen Machang, Datuk Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat...

KUALA LUMPUR: Kesukaran untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, menjadi punca mengapa pulang ke kampung untuk sambutan Aidilfitri dan juga ziarah tidak dibenarkan, jelas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau akui ia satu perkara berat untuk dihadapi semua rakyat terutama yang menyambutnya, namun berbanding pasar raya sebagai contohnya, SOP itu sebenarnya lebih mudah untuk ditetapkan di premis perniagaan seperti itu.

“Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter… penjarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

“Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan penjarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” katanya dalam program ‘Ruang Bicara’ Bernama TV, yang disiarkan secara langsung, malam tadi.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun satu jawatankuasa khas telah dibentuk antara agensi kerajaan untuk memantau kepatuhan kepada SOP berkenaan, namun beliau berkata anggota yang ada, tidak mencukupi untuk memantau setiap rumah di seluruh negara.

“Jadi (pemantauan) pematuhan itu kita jangka tak dapat kita laksanakan. Jadi apa yang kita buat ini adalah untuk menjaga kepentingan semua, kita tidak mahu Aidilfitri ini menjadi satu kluster baharu, akibat raya balik ke tempat kerja bawa penularan baharu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada Menteri Kesihatan yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang arahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung.

“Seperti saya katakan, kita akan rujuk kepada Kementerian Kesihatan, kerana Akta 342 ini adalah akta di bawah kementerian berkenaan, dan di dalam akta ini Menteri Kesihatan boleh keluarkan arahan, jadi arahan menteri pada ketika ini, tidak boleh,” katanya.

Ismail berkata, walaupun ada juga beberapa pihak yang minta supaya kebenaran diberikan dengan mengenakan SOP tertentu, beliau berkata ia tidak dapat dilakukan, selagi ia diletakkan di bawah senarai terlarang.

“Selagi itu ia tidak boleh ada SOP pun, SOP hanya boleh dikeluarkan kepada senarai dibenarkan,” katanya. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan

Tok Pa Dibenarkan Keluar Hospital Selepas 12 Hari Menerima Rawatan Covid-19

KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan susulan positif Covid-19. Beliau dibenarkan keluar...

Sarawak umum bantuan RM405 juta ringankan beban rakyat hadapi COVID-19

KUCHING:  Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pakej kelima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) melibatkan peruntukan berjumlah RM405 juta dalam inisiatif terbaharunya untuk meringankan...

Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk padam afidavit

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang enggan memadamkan...