Salah Seorang Pembantu Peribadi Trump Dijangkiti Coronavirus

- Advertisement -

WASHINGTON:  Seorang anggota Tentera Laut Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai pelayan peribadi Presiden Donald Trump, telah dijangkiti Covid-19.

Ini menimbulkan kebimbangan bahawa Presiden itu juga terdedah kepada jangkitan yang sama.

Pembantu peribadi tersebut adalah anggota unit elit yang dikhaskan bertugas di Rumah Putih dan kerap kali berada dekat dengan Presiden dan ahli keluarganya.

Sumber CNN memaklumkan bahawa Trump terkejut bila mendapat tahu tentang perkara tersebut dan Presiden itu dengan segera diuji sekali lagi oleh doktor Rumah Putih dan keputusannya ialah negatif.

Dalam satu kenyataan, Rumah Putih mengakui laporan CNN bahawa salah seorang kakitangannya positif Covid-19 -CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat