China dan AS saling tuduh menuduh punca wabak Covid19

- Advertisement -

BEIJING: China menuduh Amerika Syarikat (AS) cuba menyalahkan negara itu terhadap penularan wabak COVID-19 selepas Presiden Donald Trump membandingkan pandemik itu sebagai “serangan” yang lebih buruk daripada serangan Pearl Harbor atau serangan 9/11.

Ketegangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini ketika mereka saling tuduh menuduh mengenai bagaimana masing-masing menangani wabak berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, pada sidang media, berkata negara itu mendesak AS berhenti mengalihkan kesalahan kepada China dan bersandarkan kepada fakta.

Semalam, Trump membuat perbandingan terhadap virus itu yang muncul di bandar Wuhan tahun lalu, dengan serangan ketenteraan dan pengganas ke atas negara terbabit.

“Ini benar-benar serangan terburuk yang pernah kita alami.

“Ini lebih buruk daripada serangan Pearl Harbor … Lebih buruk daripada serangan ke atas World Trade Center,” katanya kepada pemberita.

Trump berkata, wabak itu ‘tidak seharusnya berlaku’.

“Ia patut ditamatkan di sumbernya… boleh dihentikan di China,” katanya.

Chunying menjawab perbandingan itu dengan berkata: “Mereka mungkin menyatakan wabak itu setanding dengan Pearl Harbor atau 9/11, tetapi musuh yang dihadapi AS adalah COVID-19”.

Beliau berkata, Washington seharusnya bergandingan bahu dengan Beijing dan bukannya menganggap sebagai “musuh”.

“Banyak negara asing, pakar dan saintis semuanya memberikan komen positif mengenai pencegahan dan kawalan virus China yang berkesan.

“Tetapi AS sendiri telah membuat beberapa kenyataan yang tidak jujur dan tidak benar,” katanya. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat