Covid-19: Lagu jangan balik kampung mengusik jiwa perantau kota

72 Jam Duduk Bersama 72 Ular Berbisa

NEW DELHI: Ahli herpetologi India, Neelam Kumar Khaire berjaya membuktikan teori bahawa ular hanya akan menyerang manusia apabila diprovokasi. Portal Oddity Central melaporkan lelaki itu...

Peniaga Ubah Strategi Promosi Jualan Makanan Pastikan Perniagaan Bertahan

MELAKA: Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka yang lazimnya meriah dengan pengunjung untuk menikmati sajian ikonik seperti 'Asam Pedas' serta pelbagai...

Kesihatan, Ekonomi Antara Enam Kluster Utama Pastikan Pengurusan Darurat Berjalan Lancar

PUTRAJAYA - Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat pada Sabtu. Ketua...

Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Istiqamah Fokus Keperluan Rakyat – Wan Saiful

KUALA LUMPUR - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan kerajaan yang istiqamah untuk memfokus kepada keperluan rakyat, kata Ketua Penerangan Bersatu...

Penafian Berita Palsu – KKMM

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan...

KUALA LUMPUR – Menyesuaikannya dengan larangan kerajaan agar rakyat tidak balik kampung menyambut Aidilfitri, komposer Eddie Hamid tampil dengan versi berbeza lagu Kelik Laa Weii yang diciptanya, empat tahun lalu.

Diberi judul baharu, Jange Kelik Laa Weii berbentuk nasihat agar rakyat akur arahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak membenarkan pergerakan antara negeri atau balik kampung meraikan 1 Syawal, dua minggu lagi.

Ketika dilancarkan, single Kelik Laa Weii yang didendangkan dua penyanyi dari Kelantan, Aris Kapilla dan Man Khan menjadi siulan, malah diangkat sebagai lagu rasmi rakyat Kelantan pada 2016.

Kali ini, sesuai dengan usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19, Eddie atau nama penuh, Abdul Hamid Adenan mencetuskan idea bersama Man dan Aris mencipta versi baharu lagu berkenaan.

Eddie berkata, sebelum rakyat berdepan ujian penularan COVID-19, dia pernah terfikir menghasilkan versi bertentangan jika lagu asal mendapat sambutan.

“Cuma ketika itu, saya belum terfikir waktu sesuai untuk merealisasikan projek itu.

“Tanpa diduga, kita berdepan ujian ini hingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

“Ini termasuk larangan pergerakan merentas negeri seperti diumumkan Perdana Menteri.

“Lantas, saya, Man dan Aris terfikir ini masa yang sesuai untuk melancarkan lagu Jange Kelik Laa Weii bagi menyahut seruan kerajaan,” katanya kepada BH Online.

Eddie berkata, lirik bagi versi baharu lagu berkenaan dihasilkan Man, Aris dan Zulkifli M Ali.

“Kita mungkin rasa pelik dan janggal tidak dapat beraya di kampung halaman. Namun, semuanya untuk kebaikan bersama dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“Tahun ini sahaja kita berkorban. Kita perlu akur dengan situasi semasa. Insya-Allah, Aidilfitri tahun depan kita kembali seperti sedia kala,” katanya yang menghadiahkan lagu itu kepada semua perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Sebagai permulaan, video muzik lagu Jange Kelik Laa Weii sudah dilancarkan sejak sejak 2 Mei lalu. Single itu akan dilancarkan di platform digital terpilih, mulai esok.

Eddie gembira ‘teaser’ lagu itu yang dikongsi di Facebook meraih 50,000 tontonan dalam tempoh tiga hari pertama, selain lebih 3,000 perkongsian di media sosial.

Tambahnya, akur dengan PKPB, lagu Jange Kelik Laa Weii disiapkan di studio berasingan.

“Bayangkan, saya di Kota Bharu, Man pula di Jeli dan Aris di Pasir Mas. Kami sama-sama bekerja menghasilkan lagu ini untuk diadun,” katanya.

Mengenai penggunaan dialek Kelantan, Eddie berkata, lagu berkenaan bukanlah untuk perantau dari negeri itu sahaja.

“Lagu ini sesuai untuk kita semua. Muzik dan bahasa adalah sesuatu yang universal.

“Saya percaya lagu ini menjadi ingatan untuk kita terus reda beraya sekalipun tidak dapat pulang ke kampung.

“Aidilfitri masih disambut biarpun di mana sahaja kita berada,” katanya yang aktif sejak era 1990-an.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

3,339 Kes Baru Covid-19, Selangor Catat Jangkitan Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Kerajaan Sepatutnya Isytihar Darurat Kesihatan – Mohamad Hasan

CYBERJAYA - Mengisytiharkan darurat kesihatan dan memperkenalkan ordinan khusus bagi tujuan tersebut merupakan langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan, kata Timbalan Presiden UMNO,...

Pembukaan Sekolah Di Seluruh Negara Pada 20 Januari Ditangguhkan – KPM

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan...