X Æ A-12 Musk Pilihan Nama Anak CEO Tesla

- Advertisement -

Ottawa: Terlampau pelik untuk nama bayi. Tetapi, ia tetap menjadi pilihan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla and SpaceX, Elon Musk dan teman wanitanya, penyanyi Kanada, Grimes.

Mereka sepakat memilih X Æ A-12 Musk, sebagai nama bayi lelaki mereka, lapor CNN.

Selepas mendedahkan nama itu, ia menjadi perdebatan dalam kalangan warganet di media sosial.

Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.

Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka.

“A-12 = prekursor kepada SR-17 (pesawat kegemaran kami).

“Tanpa senjata dan pertahanan cuma kelajuan. Hebat dalam pertempuran tapi tidak ganas,” kata penyanyi itu.

Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.

Di sebalik huraian yang jelas dan baik, namun wanita itu tidak memaklumkan bagaimana cara sebutan nama berkenaan.

Januari lalu, pemilik nama sebenar Claire Elise Boucher itu mengesahkan dia hamil apabila dia menggambarkan kesukaran bekerja ketika hamil di laman Instagram – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat