Perolehan Vaksin tidak telus, KKM akan bentang Kertas Putih di Parlimen – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 dan kos berkaitan yang dikesan tidak mengikuti peraturan pada sidang Parlimen yang akan berlangsung bermula 13 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri-menteri yang terlibat dipercayai menandatangani pembelian vaksin itu ketika tempoh pandemik bagi tujuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICk) tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Kata Anwar, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa akan memberikan perincian secara lanjut berhubung perkara itu.

“Kita mendapati (pembelian dan kos vaksin) tidak mengikuti peraturan, transaksi yang diluluskan tidak mematuhi proses sebenar.

“Sebahagian perolehan vaksin menimbulkan persoalan berhubung angka dan kos, dan perkara ini perlu dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya pada Rabu.

Jelas beliau kerajaan membuat keputusan mengenai pembentangan ini terutama kerana penemuan oleh kementerian mengenai keteraturan, urus niaga, kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses dan perolehan beberapa nombor dan kos yang boleh dipersoalkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menjalankan siasatan berhubung perolehan vaksin Covid-19 pada tahun lalu.

Tidak jelas sama ada Anwar merujuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba atau penggantinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Terdapat pertindihan dalam perolehan vaksin antara Kementerian Kesihatan yang diketuai Adham dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang diketuai Khairy pada 2020 dan 2021.

Kedua-duanya juga telah menyatakan mereka akan memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat