Noraini pertahan posisi Ketua Wanita Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan sayap berkenaan, bulan depan.

Sumber rapat dengan bekas Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, hasrat Noraini mempertahankan jawatannya itu sudah dinyatakan kepada pimpinan sayap dan negeri, baru-baru ini.

“Ya, Noraini sudah menetapkan pendirian untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan sayap akan datang. Ia sekali gus menafikan dakwaan kononnya beliau tiada sokongan dan akan berundur.

“Pimpinan sayap pusat dan negeri juga sudah dimaklumkan mengenai hasrat Noraini mempertahan jawatan selepas isu berkenaan hangat sehari dua ini.

“Beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mempertahankan jawatannya itu dalam masa terdekat,” katanya lapor BH di Johor.

Laporan sebelum ini menyebut, lebih separuh Ketua Wanita Umno Bahagian di seluruh negara didakwa mahukan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepemimpinan Wanita Umno.

Ketua Wanita Umno Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, mendakwa 147 ketua wanita Umno Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

Selain Noraini, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Norliza Abdul Rahim, turut dilapor akan memberi saingan.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita Umno, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pemuda dan EXCO Puteri Umno Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

Sementara itu, EXCO Wanita Umno, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, menempelak dakwaan kononnya 147 ketua Wanita UMNO Bahagian mahukan Shahrizat kembali memimpin sayap berkenaan.

“Sesiapa pun boleh buat kenyataan termasuk menyatakan semua 191 ketua Wanita Umno Bahagian seluruh negara menyokong mereka.

“Dalam keadaan sekarang ini adalah tidak wajar untuk kita memecah-belahkan Wanita Umno sedangkan Shahrizat sendiri memberi laluan kepada Noraini memimpin sayap parti.

“Apakah Shahrizat lupa beliau pernah menyatakan mahu melihat perubahan dan pembaharuan, selain mahu Ketua Wanita yang mampu membawa cara dan idea baharu, ketika mengumumkan tidak mempertahankan jawatan lima tahun lalu.

“Kita kena ‘move on’ sepatutnya. kita akui jasa besar Shahrizat dalam parti namun beliau juga harus menghormati keinginan akar umbi sayap.

“Beliau seharusnya berperanan sebagai penasihat dan menenangkan Wanita Umno, bukan sebaliknya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat