Ahli ekonomi berbeza pandangan terhadap semakan semula penarafan oleh Fitch Ratings

- Advertisement -

Ketika ekonomi dan pasaran global mencatatkan data lemah, pendapatan yang berkurangan dan semakin banyak syarikat yang jatuh muflis, penilaian tersebut memberikan lagi tekanan ke atas ekonomi yang telahpun terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed mengkritik tindakan penilaian penafaran kredit negara Malaysia oleh agensi penarafan itu dengan menyatakan pasaran telah hilang keyakinan terhadap agensi penarafan sejak 2010.

“Laporan dan tinjauan mereka ketinggalan zaman. Mereka mengemukakan analisis dangkal yang tidak relevan dengan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Shan berkata pasaran melihat kepada kestabilan makroekonomi, penggerak dasar seperti fiskal dan monetari untuk merangsang pertumbuhan dan yang paling utama permintaan agregat yang memacu kalkulus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi semua ekonomi

Fitch pada Jumaat lepas mengumumkan ia menurunkan penarafan kredit negara Malaysia daripada A-’ kepada ‘BBB+’, dengan tinjauan lebih baik daripada negatif kepada stabil.

Penurunan penarafan itu bermakna ia akan menjadi lebih mahal bagi Malaysia untuk membuat pinjaman yang seterusnya membawa impak fiskal.

Mengenai kebimbangan agensi itu terhadap situasi politik tempatan, Shan berkata ringgit Malaysia meningkat 8.55 peratus sejak 23 Mac, 2020, inflasi harga berada di bawah 1.5 peratus, dan defisit belanjawan masih di bawah ambang dalam satu digit di tengah-tengah landskap semasa meskipun pertukaran kerajaan.

Selain itu, nisbah hutang berbanding KDNK adalah sekitar 60 peratus dan permintaan agregat meningkat dengan secara sangat berstruktur.

Menurutnya, pasaran harta tanah masih mencatatkan momentum yang baik dan jualan kereta mewah meningkat antara tiga dan lima peratus pada suku ke suku, manakala permintaan terhadap tenaga terutamanya gas asli cecair diterima dari Asia. Malaysia adalah pengeksport gas asli cecair ketiga terbesar dunia.

“Kerajaan Malaysia berusaha sedaya upaya untuk menumpukan kepada dasar berpaksikan rakyat dan strategi ekonomi didorong pertumbuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman penurunan penarafan oleh Fitch itu bukanlah suatu yang mengejutkan memandangkan saiz pakej rangsangan yang amat besar dilancarkan kerajaan.

Telah menjadi tugas agensi penarafan memberikan pandangan kredit yang akan berubah apabila ada maklumat dan perkembangan baharu, katanya, sambil menambah tumpuan kini perlu diberikan untuk memastikan proses pemulihan ekonomi berterusan.

“Sekiranya kita melakukannya dengan betul, penarafan kredit negara kita boleh dinaikkan semula pada suatu masa nanti,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata ringgit dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia kemungkinan memberikan reaksinya esok susulan semakan semula itu.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai dana institusi domestik yang besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), institusi perbankan, syarikat insurans, Bank Negara Malaysia dan pengurus aset yang boleh berfungsi sebagai penyerap kejutan kepada sebarang kemungkinan penjualan, katanya.

Mengenai waktu semakan tersebut, Afzanizam berkata ia terserah sepenuhnya kepada budi bicara Fitch kerana agensi penarafan itu telahpun memberi isyaratnya sejak April lagi apabila ia menyemak semula tinjauan penarafan daripada ‘stabil’ kepada ‘negatif’.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat