Belanjawan 2021 Negeri Johor Lulus

- Advertisement -

JOHOR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebentar tadi sebulat suara meluluskan Belanjawan 2021 berjumlah RM1,857 bilion yang dibentang oleh Menteri Besar Johor, Dato I.r. Hasni Mohammad, pada 26 November lepas.

Dengan bertemakan “Budaya Tahan Demi Kemakmuran” Menteri Besar Johor berkata, Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan adalah untuk mendepani wabak Covid-19.

Ketika membentang Belanjawan tersebut Hasni menegaskan, Belanjawan 2021 itu mengalami defisit RM248.14 juta setelah merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut sebelum ini.

“Ianya berikutan unjuran hasil adalah negeri sebanyak RM1.609 bilion manakala unjuran perbelanjaan pula berjumlah RM1.857 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2021.

Dengan lulusnya Belanjawan 2021 DUN Johor ini, khabar angin mengatakan sidang DUN yang berlangsung hari ini akan mengalami kekecohan amatlah meleset. Ianya susulan krisis politik di Perak yang berlaku pada jumaat lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat