PKR sepatutnya akui dan umum tarik diri daripada Liberal International

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Strategi komunikasi PKR sepatutnya lebih berkesan sekiranya memilih untuk mengakui pernah menjadi pemantau atau ahli bersekutu dalam jaringan antarabangsa, Liberal International (LI) yang kemudiannya bertindak keluar daripada keanggotaan itu selepas organisasi parti politik liberal itu dipercayai mempunyai kaitan menyokong Israel.

Saranan itu disuarakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik semalam.

Memburukkan lagi keadaan dan kecaman pembangkang terhadap PKR adalah kenyataan-kenyataan media yang tidak konsisten daripada Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Khairy berkata, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh PKR ialah berterus terang namun itu tidak berlaku sehingga mengheret isu ini dalam tempoh masa panjang.

“Apa yang PKR patut buat pada hari pertama ialah akui, “ya dulu kita sama ada pemantau atau ahli bersekutu sebagai jaringan antarabangsa.

“… dan oleh kerana LI dah buat pendirian demikian (sokong Israel, Zionis, LGBT) maka kita akan keluar daripada LI dan dengan tindakan itu PKR akan kena hentam sehari, dua sahaja,” ujar Khairy.

Jelas beliau,ini adalah contoh ‘PR disaster’ sebab benda yang boleh selesai dalam sehari namun dah berlarutan dua, tiga hari.

“Group Perikatan Nasional (PN) memang tak apa isu langsung, dia memang bola tanggung gila… krismas is early for Wan Fayhsal lah. Smash banyak kali maklumlah tak pernah ada isu macam ni kan,” kata Khairy.

Sementara itu, Shahril juga senada dengan cadangan Khairy iaitu PKR wajar mengaku dan perjelaskan.

Katanya, mungkin orang akan bising sekejap tapi tak teruk.

“Yang lebih teruk adalah cuba nafikan lepastu kata pemerhati lepas tu kata kita dah minta Liberal International untuk keluar kan PKR daripada jaringan tersebut.

“Mungkin dari segi optiknya perlu diperjelaskan dan saya rasa kalau dah orang tunjuk ‘kantoi’ kamu adalah anggota iaitu PKR dalam hal ini adalah anggota jaringan ini saya rasa mengaku dan jelaskan bahawa kita tak sokong, ini kebetulan
ya lah sebab kita berpegang kepada ideologi yang umum liberal ini dan kita boleh ambil definisi liberal yang pelbagai yang sesuai dengan Malaysia, pandai-pandailah korang cover.

“Ada cara untuk jelaskan tapi tak bermaksud kita bersetuju dengan anggota yang sekian-sekian tapi apa yang berlaku?

“Tapi apa yang berlaku mula-mula penafian yang mutlak atau untuk imej sahaja bahawa PKR bukan anggota Liberal International,” katanya.

Shahril juga mendedahkan bahawa parti Gerakan juga menganggotai Liberal International dan ini sepatutnya bonus untuk PKR membalas kecaman.

“Lawaknya parti Gerakan pun ada dalam LI ni. Senang nak jawab ya kita (PKR) ada dalam LI, komponen PN pun ada… dah selesai tapi dah coverline.

“…dan sebenarnya tak dapat cerita konsisten ini yang berlaku,PR mistake in this case,” kata Shahril.

Pada 5 November lalu, Pertubuhan parti politik antarabangsa, Liberal International sudah mengeluarkan nama dan logo PKR daripada laman sesawangnya.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata Liberal International juga mengambil maklum PKR bukan ahli pertubuhannya.

“Penurunan logo itu sudah dibuat . Sebelum ini saya berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang mendakwa, PKR menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa yang turut dipercayai mempunyai kaitan menyokong Israel.

Liberal International adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada 1947 dan menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, PKR juga sedang meneliti langkah seterusnya berhubung tohmahan jahat yang dilemparkan terhadap parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat