KUALA LUMPUR- Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta semua ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya Selasa depan.
Arahan itu dikeluarkan Johari susulan seorang ahli Parlimen ‘tumbang’ dan dimasukkan ke hospital, semalam, lapor BH.
Katanya, setakat hari ini, seramai 196 ahli Dewan Rakyat dan lima Senator bertaraf anggota pentadbiran sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Kepada Yang Berhormat (YB) yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan, saya beri lanjutan hingga Selasa depan iaitu 14 November.
“Saya amat memohon dan meminta pemeriksaan dibuat kerana saya difahamkan semalam, seorang daripada kita telah tumbang dan masuk hospital,” katanya sebelum bermula sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.