PBB bimbang Perang Myanmar kian memuncak, ramai orang awam terkorban

- Advertisement -

NEW YORK -‘ Pertempuran hebat’ di antara junta tentera dan pakatan kumpulan etnik minoriti di utara Myanmar mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

AFP melaporkan, peningkatan pertembungan antara kedua-dua pihak sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban dengan lebih 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

“Kami bimbang susulan pertempuran hebat, terutama di negeri Shan di bahagian utara Myanmar, dengan laporan… serangan udara yang menyebabkan orang awam terkorban dan puluhan ribu penduduk dipindahkan.

“Rakan badan kemanusiaan kami memberitahu, sejak 26 Oktober lalu, hampir 33,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dipindahkan,” kata jurucakap mewakili Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menegaskan sekali lagi bahawa orang awam harus dilindungi, malah beliau turut menggesa akses tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan.

Pertempuran semakin sengit sejak minggu lalu merentasi negeri Shan yang berhampiran dengan sempadan China.

Sabtu lalu, Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) dan Tentera Arakan (AA) mendakwa berjaya merampas puluhan pos tentera dan empat bandar, sekali gus menyekat laluan perdagangan penting ke China.

Beberapa hari sebelum itu, jurucakap junta tentera Myanmar menyifatkan dakwaan mengatakan kumpulan bersenjata merampas beberapa bandar di negeri Shan sebagai satu propaganda.

Pertempuran itu menimbulkan ancaman yang tidak dapat dilihat oleh tentera, sejak rampasan kuasa dengan menggulingkan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi, pada 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat